Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 210 Tpm Hadiri Khutbah Khas Solat Jumaat Pdrm

Published: 24 Mar 2017 8.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari Polis ke-210 di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-210-tpm-hadiri-khutbah-khas-solat-jumaat-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:48 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mac 2017 - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari Polis ke-210 di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, dekat sini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri telah disambut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalannya Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim serta Komandan PULAPOL, SAC Shamsudin Mat.

Turut hadir, pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan warga PDRM yang bertugas di sekitar ibu kota.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dan para jemaah kemudiaan mendengar khutbah khas bertajuk "Integriti Melonjak Kualiti Hidup" yang disampaikan oleh Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali Daud sebelum solat Jumaat.

Superintendan Haji Ghazali dalam khutbahnya mengingatkan agar setiap anggota polis perlu sentiasa berusaha memastikan kesemua tuntutan Syarak dicapai demi memenuhi nilai integriti dalam setiap tugasan harian.

Hari Polis yang akan disambut setiap 25 Mac merupakan hari penting dan bersejarah bagi warga PDRM untuk meraikan para pejuang yang pernah mempertahankan negara serta memperingati usia penubuhannya yang telah menjangkau 210 tahun.

Hari Polis Ke 210 Tpm Hadiri Khutbah Khas Solat Jumaat PdrmTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Masjid Salehin, PULAPOL KL

Hari Polis Ke 210 Tpm Hadiri Khutbah Khas Solat Jumaat Pdrm
Sekitar Solat Jumaat sempena Peringatan Hari Polis Ke-210 di Masjid Salehin, PULAPOL KL

Hari Polis Ke 210 Tpm Hadiri Khutbah Khas Solat Jumaat Pdrm
Bacaan Khutbah Jumaat oleh Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali Daud

Hari Polis Ke 210 Tpm Hadiri Khutbah Khas Solat Jumaat Pdrm
Sekitar Solat Jumaat sempena Peringatan Hari Polis Ke-210 di Masjid Salehin, PULAPOL KL

Hari Polis Ke 210 Tpm Hadiri Khutbah Khas Solat Jumaat Pdrm
Sekitar Solat Jumaat sempena Peringatan Hari Polis Ke-210 di Masjid Salehin, PULAPOL KL

ArticlePublished 24 Mar 2017 8.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM