Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 210 Persidangan Pjp Kp Komander Komandan Bilangan 1 2017

Diterbitkan: 24 Mar 2017 3.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 1/2017 yang dianjurkan oleh Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Tingkat 29, Menara 1, Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-210-persidangan-pjp-kp-komander-komandan-bilangan-1-2017
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:04 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mac 2017 - Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 1/2017 yang dianjurkan oleh Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Tingkat 29, Menara 1, Bukit Aman, pagi tadi.

Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya dan Ketua Polis Negeri, Komander-Komander dan Komandan PDRM.

Antara intipati penting di dalam persidangan tersebut adalah penekanan dalam aspek pentadbiran PDRM yang perlu perhatian menyeluruh oleh setiap jabatan dan kontinjen PDRM.

Selain itu, sebanyak dua buah pembentangan telah diadakan sempena persidangan ini.

Pembentangan pertama bertajuk "Economic Turbulance Ahead: A Look at Malaysia's Security Vulnerable telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif The Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Dato' Steven CM Wong dan "Taklimat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU)" oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Dato' Abdul Ghafar Rajab.

Persidangan ditangguhkan dengan diakhiri oleh ucapan penggulungan Ketua Polis Negara pada kira-kira jam 11.30 pagi.

d0e5ccfd-9cf7-46a4-9887-1229119f9a72
Sekitar persidangan berlangsung...

_MG_6879
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar...

_MG_6899
Bacaan doa daripada Supt. Ibrahim Naihat..

_MG_6961
Sekitar persidangan berlangsung...

_MG_6944
Sekitar persidangan berlangsung...

_MG_6963
Sekitar persidangan berlangsung...

_MG_6985
Pembentangan bertajuk "Economic Turbulance Ahead: A Look at Malaysia's Security Vulnerable telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif The Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Dato' Steven CM Wong..

_MG_6997

_MG_6964

IMG_0140
Sesi penyampaian cenderahati kepada Dato' Steven CM Wong daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar yang mewakili Polis Diraja Malaysia.

_MG_7003
Sesi penyampaian cenderahati kepada Dato' Steven CM Wong daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar yang mewakili Polis Diraja Malaysia.

ArtikelDiterbitkan 24 Mar 2017 3.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM