Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Pahlawan 2017 Pdrm Anjur Majlis Bacaan Yassin Tahlil Doa Selamat Serta Solat Jumaat

Diterbitkan: 29 Sep 2017 7.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 29 September 2017- Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga merupakan tuan rumah Hari Pahlawan pada tahun ini telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yassin,Tahlil dan Solat Jumaat yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan dekat sini, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-pahlawan-2017-pdrm-anjur-majlis-bacaan-yassin-tahlil-doa-selamat-serta-solat-jumaat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:49 MYT

HARI PAHLAWAN 2017: PDRM ANJUR MAJLIS BACAAN YASSIN , TAHLIL, DOA SELAMAT SERTA SOLAT JUMAAT

Kuala Lumpur, 29 September 2017- Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga merupakan tuan rumah Hari Pahlawan pada tahun ini telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yassin,Tahlil dan Solat Jumaat yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan dekat sini, tengah hari tadi.

Bacaan tahlil dan doa telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Haji Zakariah Isa, manakala bacaan khutbah pula disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ DR. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki yang bertajuk “Pahlawan Negara Inspirasi Bangsa Berdaulat”.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-tugas Khas Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghaffar Rajab bagi mewakili Ketua Polis Negara, Pengarah Cawangan Khas, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd Shariff, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Raja Mohamed Noor serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Gambar sekitar majlis.

1234567
ArtikelDiterbitkan 29 Sep 2017 7.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM