Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Rampas Balak Haram Bernilai Rm535 000 Di Kapit

Diterbitkan: 30 Sep 2017 2.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuching, 30 Sept 2017 - Tindakan pembalak haram menjalankan kegiatan hingga ke kawasan pedalaman dapat dipatahkan pasukan penguatkuasaan dalam operasi terbaharunya di Nanga Maramah, Batang Baleh di Kapit, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-balak-haram-bernilai-rm535-000-di-kapit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:49 MYT

Kuching, 30 Sept 2017 - Tindakan pembalak haram menjalankan kegiatan hingga ke kawasan pedalaman dapat dipatahkan pasukan penguatkuasaan dalam operasi terbaharunya di Nanga Maramah, Batang Baleh di Kapit, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima ACP Salehuddin Mat Zaman berkata dalam operasi tengah hari itu, pihaknya dan beberapa agensi penguatkuasaan lain dapat merampas 469 kayu balak pelbagai jenis dan saiz yang  bernilai RM535,500.

Beliau berkata sebelum mencatatkan kejayaan itu, pihaknya terpaksa menempuh perjalanan kira-kira lapan jam dari Pekan Kapit selain perjalanan mereka terganggu dengan 'sekatan' haram yang dibina bagi melambatkan perjalanan.

"Hasil pemeriksaan di kawasan berkenaan, pasukan operasi menjumpai 469 batang balak pelbagai saiz dan jenis seperti meranti, kapur dan jelutong yang disyaki telah ditebang secara haram.

"Semua balak tersebut didapati tidak mempunyai cop Jabatan Hutan Sarawak,"  

Semua balak yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Salehuddin berkata kejayaan itu merupakan kes rampasan balak haram ke-29 oleh PPM Wilayah Lima.

"Bagi tempoh Januari hingga September ini, nilai rampasan yang dicatatkan adalah kira-kira RM6.8 juta," katanya.        –  BERNAMA



ArtikelDiterbitkan 30 Sep 2017 2.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM