Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Ini Dalam Sejarah Pdrm 24072023

Published: 24 Jul 2023 3.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Hari ini pada 24 Julai 1958, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad berkenan mengurniakan gelaran `Diraja’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-ini-dalam-sejarah-pdrm-24072023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:56 MYT
Hari ini pada 24 Julai 1958, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad berkenan mengurniakan gelaran `Diraja’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.

Menurut titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, pengurniaan `Diraja’ itu merupakan satu penghormatan kepada khidmat bakti cermerlang dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh segenap anggota polis dalam menjalankan tugas memelihara keamanan dan ketenteraman negara sejak diwujudkan pada tahun 1807.

Pengurniaan `Diraja’ juga merupakan penghargaan Kerajaan dan rakyat atas peranan utama dan kepentingan yang dimainkan oleh Pasukan Polis bagi menumpaskan pemberontakan komunis semasa darurat pertama dahulu (1948-1960).

May be an image of 3 people

May be an image of 1 person and text

May be an illustration of text

ArticlePublished 24 Jul 2023 3.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM