
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tambahan Rm100 Juta Baik Pulih Kuarters Pdrm
Peruntukan tambahan itu sebahagian daripada RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk menyelenggara kemudahan age...
Kuala Lumpur, 24 Julai 2023 - Sebanyak RM100 juta peruntukan tambahan akan disalurkan kerajaan bagi membaik pulih dan menyelenggara kuarters serta fasiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.
Peruntukan tambahan itu sebahagian daripada RM150 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk menyelenggara kemudahan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
“Pembahagian itu mengikut keutamaan, iaitu mana yang lebih daif, itu yang kita dahulukan, jadi sekarang kita buat penilaian di peringkat kontinjen. Kita sudah mempunyai senarai kerja (penyelenggaraan) yang akan dilaksanakan. Cuma, kita perlu ikut keutamaan kerana masih ada yang tidak boleh dilakukan mengikut peruntukan sebelum ini,” katanya.
Antara tumpuan dalam peruntukan itu adalah kerja baik pulih dan penyelenggaraan kuarters, balai polis, pondok polis termasuk pagar, jalan, dewan, tandas dan lain-lain fasiliti untuk kemudahan warga PDRM.