
Hari ini pada 16 Julai 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersama Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) telah melancarkan Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan, bagi menangani dan mengurangkan kadar jenayah curi kenderaan.
Majlis pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Pengarah JSJ ketika itu, CP Dato’ Huzir Mohamed Mohamed di NU Sentral, Kuala Lumpur.