Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Prn 9 600 Pegawai Anggota Polis Dihantar Ke Enam Negeri

Diterbitkan: 16 Jul 2023 1.30 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.20 PM
Kota Bharu, 16 Julai 2023 - Seramai 9,600 pegawai dan anggota akan dihantar ke enam negeri yang terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-9-600-pegawai-anggota-polis-dihantar-ke-enam-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:29 MYT
Kota Bharu, 16 Julai 2023 - Seramai 9,600 pegawai dan anggota akan dihantar ke enam negeri yang terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata kesemua anggota berkenaan diselaraskan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) berdasarkan permohonan yang dibuat bagi negeri yang terbabit PRN.

"Untuk PRN, setiap negeri meminta bantuan anggota seperti Terengganu mohon lebih 2,000, Selangor dan Kelantan hampir 2,000, Pulau Pinang mohon 663 anggota dengan jumlah keseluruhan sebanyak 9,600 anggota.

"Kita akan pastikan proses penamaan calon, berkempen dan hari mengundi berjalan lancar di semua enam negeri dan kekuatan kita adalah mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan taklimat berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) kepada Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut;

https://www.hmetro.com.my/.../prn-9600-pegawai-anggota...

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 16 Jul 2023 1.30 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.20 PM