Lahad
Datu - Impian tiga wanita warga Filipina untuk bekerja sebagai penyanyi
kelab malam di negeri ini berkecai apabila bukan saja dikurung, malah
dipaksa menjadi pelacur di sebuah pusat refleksologi dan urut di bandar ini.
Bagaimanapun,
tindakan pantas anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Lahad Datu dapat menyelamatkan ketiga-tiga wanita terbabit
dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sepagaya, Jalan Silam dekat
sini, kelmarin.
Siasatan
awal polis mendapati ketiga-tiga mangsa dijanjikan bekerja sebagai
penyanyi kelab malam. Bagaimanapun, sebaik tiba di Sandakan, mangsa
dipaksa bekerja di sebuah pusat refleksologi dan urut sebagai pelacur.
Sumber: Harian Metro

Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Hanya Janji Manis
Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dapat menyelamatkan ketiga-tiga wanita terbabit dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sepa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hanya-janji-manis
Scan to view the latest live version.