Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hadiah Istimewa Tamat Khidmat Polis

Published: 04 Aug 2018 3.21 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Seorang anggota polis yang bakal bersara tidak lama lagi bersyukur apabila impian menunaikan rukun Islam kelima itu sejak sembilan tahun lalu bersama isteri akhirnya tercapai apabila terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hadiah-istimewa-tamat-khidmat-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:43 MYT

Seorang anggota polis yang bakal bersara tidak lama lagi bersyukur apabila impian menunaikan rukun Islam kelima itu sejak sembilan tahun lalu bersama isteri akhirnya tercapai apabila terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini.

Sarjan Mejar Md Noor Hamid, 59, dari Balai Polis Bandar Kinrara, Puchong dan isteri, Wan Sabariah Wan Ismail, 57, yang juga pesara anggota polisbersyukur apabila menerima tawaran daripada Tabung Haji (TH) dalam tempoh akhir perkhidmatannya sebagai anggota pasukan keselamatan.

Ia saat paling dinantikan beliau bersama isteri kerana tahun ini adalah tahun bermakna buat dirinya selepas 42 tahun berkhidmat sebagai anggota polis.

Sebelum berangkat, Md Noor dan isteri yang bersara di Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) Kuala Lumpur dirai ketuanya yang juga Ketua Balai PolisBandar Kinrara, Asisten Superintendan Mohd Ambia Nordin bersama beberapa rakan setugas.

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 04 Aug 2018 3.21 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM