Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Terima Laporan Bayi Didera Pengasuh

Diterbitkan: 03 Aug 2018 3.47 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Johor Bahru, 3 Ogos 2018 - Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes penderaan membabitkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, di Indahpura, Kulai, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terima-laporan-bayi-didera-pengasuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:55 MYT

Johor Bahru, 3 Ogos 2018 - Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes penderaan membabitkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, di Indahpura, Kulai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, daripada laporan yang diterima, bayi tersebut dipercayai didera oleh pengasuh berusia 62 tahun yang diupah ibunya.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira dua minggu lalu dan terbongkar selepas melihat anaknya dipukul pengasuh itu dalam satu video dimuatnaik dalam laman Facebook, baru-baru ini.

“Daripada laporan yang dibuat pengadu iaitu ibu kepada bayi ini, suspek merupakan seorang wanita berusia 62 tahun yang telah diupah untuk menjaga anaknya. Kami telah mengenal pasti wanita ini.

“Rakaman percakapan pengadu turut memaklumkan hanya tahu anaknya telah dipukul suspek melalui rakaman video yang ditonton dalam Facebook yang kemudiannya mendapati bayi tersebut adalah anaknya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Dzulkhairi berkata, pengadu juga turut mengakui pernah mendengar reputasi buruk telah diceritakan mengenai suspek daripada orang lain.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular di laman Facebook sebuah video yang memaparkan seorang wanita memukul kepala serta anggota badan bayi ketika sedang menyuapnya makanan.

Video berkenaan turut mendapat perhatian netizen dan ada daripadanya memberitahu ia berlaku di Kulai.

ArtikelDiterbitkan 03 Aug 2018 3.47 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM