Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Guna Perisa Buah Buahan

Published: 16 Jun 2014 7.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sindiket pengedaran dadah kini menggunakan taktik baru iaitu dengan memasukkan pewarna dan perisa buah-buahan di dalam dadah bagi membeza dan memudahkan penghantaran dadah yang lebih sistematik kepada..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/guna-perisa-buah-buahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:59 MYT

Guna Perisa Buah Buahan


GUNA PERISA BUAH-BUAHAN : Sindiket pengedaran dadah kini menggunakan taktik baru iaitu dengan memasukkan pewarna dan perisa buah-buahan di dalam dadah bagi membeza dan memudahkan penghantaran dadah yang lebih sistematik kepada ahli sindiket yang lain.

Helah itu terbongkar apabila pihak polis menyerbu makmal memproses dadah di sebuah pangsapuri mewah di Green Lane, Pulau Pinang, Isnin lepas. Dalam serbuan tersebut pihak polis merampas 10.76kg dadah jenis heroin bernilai RM400,000 yang telah pun dicampur dengan bahan perisa buah-buahan seperti lemon, strawberi dan epal. Polis turut merampas 71 gm ‘heroin base’ , sebuah kereta, pelbagai peralatan memproses dadah serta menahan 2 suspek warga tempatan.

ArticlePublished 16 Jun 2014 7.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM