
21
PREMIS NOMBOR EKOR DILUMPUHKAN : Tertangkapnya 17 lelaki dan 5 wanita
di premis – premis sekitar bandar Kluang dan Batu Pahat kelmarin, polis
berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang melibatkan
wang pertaruhan berjumlah RM504,000 sebulan.
KJSJ
Johor, Datuk Amer Awal berkata, dalam hasil siasatan awal, polis
mendapati jumlah pertaruhan di kesemua premis berkenaan menjangkau
RM6,000 seminggu dan kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak enam
bulan lepas.
Polis
turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon
bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan. Serbuan terhadap
kegiatan ini akan dijalankan berterusan memandangkan mereka yang
terlibat kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi
mengelirukan pihak berkuasa.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
21 Premis Nombor Ekor Dilumpuhkan
Tertangkapnya 17 lelaki dan 5 wanita di premis – premis sekitar bandar Kluang dan Batu Pahat kelmarin, polis berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang melibatkan wang pertaruhan be..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/21-premis-nombor-ekor-dilumpuhkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.