Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Guna Jengkaut Tarik Keluar Mesin Atm

Published: 25 Feb 2016 7.44 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Kuala Selangor, 25 Feb - Sebuah jengkaut digunakan untuk menarik keluar dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik CIMB Bank di Jalan Besar, Bestari Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/guna-jengkaut-tarik-keluar-mesin-atm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:16 MYT


Kuala Selangor, 25 Feb - Sebuah jengkaut digunakan untuk menarik keluar dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik CIMB Bank di Jalan Besar, Bestari Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata jengkaut itu kemudiannya ditinggalkan di tempat kejadian yang pihak polis menerima laporan kira-kira 5 pagi.

"Penjenayah didapati menggunakan jentera itu untuk menarik keluar kedua-dua mesin ATM berkenaan sebelum memuatkannya ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk dilarikan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihak bank masih belum mengenal pasti jumlah wang di dalam kedua-dua mesin itu.

- BERNAMA

ArticlePublished 25 Feb 2016 7.44 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM