Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gro Vietnam Ditahan

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pusat hiburan terbabit pernah diserbu oleh sepasukan polis Bukit Aman, 13 Disember lalu. Dalam serbuan itu seramai 41 GRO ditahan. Namun kali ini, pusat itu bergerak lebih berani apabila beroperasi de..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gro-vietnam-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:23 MYT

KUALA LUMPUR 4 Januari 2010. - Pegawai perhubungan pelanggan (GRO) wanita warga Vietnam tanpa coli. Itulah 'tarikan' yang ditawarkan oleh pusat karaoke haram di dalam sebuah kompleks perniagaan di Jalan Ipoh di sini.

Lebih mengejutkan, pusat hiburan terbabit pernah diserbu oleh sepasukan polis Bukit Aman, 13 Disember lalu. Dalam serbuan itu seramai 41 GRO ditahan. Namun kali ini, pusat itu bergerak lebih berani apabila beroperasi dengan GRO-GRO yang tidak memakai coli.

Bagaimanapun kegiatan pusat hiburan itu tidak bertahan lama apabila diserbu lagi sepasukan polis kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Dalam serbuan itu, seramai 31 GRO wanita warga Vietnam serta seorang pengurusnya berjaya ditahan.

Seramai 13 pelanggan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan dokumentasi.

Pengurus terbabit bakal berdepan dengan tindakan di bawah Akta Imigresen kerana membenarkan warga asing bekerja tanpa permit. Kesemua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Operasi yang dijalankan Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) IPK Kuala Lumpur itu tamat pukul 11.30 malam. Pegawai Turusnya, Deputi Supritendan Razali Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM