Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Grand Prix Kl City Trafik Lancar Setakat 11 Pagi

Diterbitkan: 08 Aug 2015 4.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 8 Ogos- Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar sempena acara perlumbaan Grand Prix Kuala Lumpur City 2015 dilapor lancar setakat 11 pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/grand-prix-kl-city-trafik-lancar-setakat-11-pagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:26 MYT

Kuala Lumpur, 8 Ogos- Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar sempena acara perlumbaan Grand Prix Kuala Lumpur City 2015 dilapor lancar setakat 11 pagi ini.

Jurucakap polis trafik Kuala Lumpur berkata, laluan trafik lancar dari arah Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultan Iskandar, Bulatan Pahang, Jalan Pahang dan Lebuhraya Persekutuan.

"Setakat ini aliran trafik lancar, tiada sebarang kemalangan atau kesesakan dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Lima jalan utama sekitar ibu kota ditutup bermula 6 pagi sehingga 6 petang sempena acara itu.

Lima jalan terlibat ialah Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan P. Ramlee.

Acara perlumbaan jalanan itu bermula semalam dan berakhir esok.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Aug 2015 4.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM