Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Keluar 18 Saman Pelbagai Kesalahan Di Semporna

Diterbitkan: 08 Aug 2015 4.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semporna, 8 Ogos- Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna mengeluarkan 18 saman pelbagai kesalahan terhadap bot yang beroperasi di perairan daerah ini, dalam satu operasi bersepadu di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-keluar-18-saman-pelbagai-kesalahan-di-semporna
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:29 MYT

Semporna, 8 Ogos- Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna mengeluarkan 18 saman pelbagai kesalahan terhadap bot yang beroperasi di perairan daerah ini, dalam satu operasi bersepadu di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi selama lapan jam bermula 8 pagi di perairan pelabuhan Semporna itu, sebanyak 41 buah bot tempatan telah diperiksa.

"Kesemua bot tersebut disaman kerana melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) dan kes itu disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dalam operasi yang turut disertai Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Semporna serta Jabatan Imigresen itu, pihaknya juga menahan tiga lelaki di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua yang ditahan telah diserahkan ke Balai Polis Semporna untuk tindakan lanjut, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Aug 2015 4.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM