Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gigih Laksana Misi Keselamatan

Diterbitkan: 12 Apr 2016 6.24 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.30 PM
Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Beluran berperanan penting dalam menjaga aspek keselamatan khususnya daerah ini di pantai timur Sabah, sejak ditubuhkan hampir dua tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gigih-laksana-misi-keselamatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:46 MYT


Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Beluran berperanan penting dalam menjaga aspek keselamatan khususnya daerah ini di pantai timur Sabah, sejak ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

Sejak awal penubuhan sehingga kini, pasukan itu melakar beberapa kejayaan terutama penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan daratan dan pulau sekitar Beluran, selain meningkatkan tahap keselamatan daerah berkenaan, Perairan Beluran termasuk dalam senarai tujuh daerah yang menjalani penguatkuasaan perintah berkurung dilaksanakan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), selain Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Semporna.

la berkuat kuasa sejak September tahun lalu dengan fokus utama melalui pemantauan di Kepulauan Lankayan, Tegipil dan Billean berikutan banyak aktiviti kaji selidik mengenai terumbu karang oleh Sugud Island Marin Conservation Area (SIMCA), selain ia adalah kawasan perikanan serta pusat peranginan. Keadaan itu sekali gus menjadikan peranan Batalion 20 PGA begitu penting dalam memastikan tahap keselamatan penduduk dan kedaulatan Sabah sentiasa terjamin.

Sumber: Berita Harian

*Sila muat turun artikel ini untuk bacaan penuh.

Gigih Laksana Misi Keselamatan

ArtikelDiterbitkan 12 Apr 2016 6.24 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.30 PM