Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gerakan Marin Perak Tumpas Cubaan Seludup Benih Kerang

Diterbitkan: 16 Jun 2014 2.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
LUMUT 28 Sept (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak menahan sebuah lori sarat dengan muatan 140 guni benih kerang yang cuba diseludup dari Selangor ke Rungkup, Hilir Perak, petang Isnin...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gerakan-marin-perak-tumpas-cubaan-seludup-benih-kerang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:31 MYT

LUMUT 28 Sept (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak menahan sebuah lori sarat dengan muatan 140 guni benih kerang yang cuba diseludup dari Selangor ke Rungkup, Hilir Perak, petang Isnin.

Pegawai Pemerintahan Markas Operasi PGM, Pangkalan Kampung Acheh di Sitiawan dekat sini, DSP Shaari Ariffin berkata sepasukan anggota PGM telah menahan sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 20-an di Batu 20, Bagan Lipas, Rungkup dekat sini selepas mendapat maklumat pada 1 petang.

Hasil soal siasat lelaki itu gagal menunjukkan sebarang dokumen sah berkaitan muatan benih kerang yang dibawanya itu.

Nilai rampasan dianggarkan RM35,600 termasuk nilai lori yang dirampas, katanya.

Katanya pemandu itu ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Perikanan Peraturan-peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kaltura Kerang) 2002 iaitu membawa benih kerang tanpa sebarang dokumen atau permit sah.

"Minggu lalu kita turut tumpaskan cubaan menyeludup 314 guni benih kerang di kilometer 18 Jalan Pantai Remis-Taiping manakala kes pada Selasa merupakan kali ketujuh sepanjang tahun ini," katanya.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 2.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM