Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Gengster Edar Dadah Tumpas

Published: 18 Jun 2014 1.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Temerloh: Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Temerloh Pahang mematahkan satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar Pahang dengan te..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gengster-edar-dadah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:28 MYT

Temerloh: Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Temerloh Pahang mematahkan satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar Pahang dengan tertangkapnya 3 lelaki tempatan bersama rampasan dadah 219 gram heroin di Mentakab Pahang.

Dalam kejadian yang berlaku pada 16 September lalu, semasa sepasukan polis dari JSJ D7 dan JSJN IPD Temerloh sedang menjalankan Op Cantas cuba untuk menahan dan memeriksa sebuah kereta Nissan Livina Impulse di parker Stesen Minyak Pertonas, Jalan Mertakab, pemandu kenderaan tersebut cuba melarikan diri dengan melanggar seorang pegawai polis yang hendak menjalankan pemeriksaan terhadap mereka.

Dalam cubaan untuk menahan kenderaan tersebut, pegawai polis telah melepaskan 4 das tembakan terhadap tayar kenderaan dan anggota-anggota operasi telah berjaya menahan tigas orang lelaki tersebut.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kereta Nissan Livina, polis telah menjumpai satu bungkusan kertas suratkhabar di bawah tempat duduk penumpang belakang yang mengandungi sepeket plastic lutsinar berisi serbuk merah jambu disyaki dadah heroin anggaran berat 219 gram.

Salah seorang lelaki yang ditahan mempunyai tatu gambar lipan dan naga di lengannya yang merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 08.

Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM