Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Lelaki Ditahan Dalam Ops Cantas Khas Di Rantau Panjang

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Pasir Mas, 20 Sept - Polis berjaya menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam pertubuhan haram dalam Ops Cantas Khas yang diadakan di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang di sini, malam ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-lelaki-ditahan-dalam-ops-cantas-khas-di-rantau-panjang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:54 MYT

Pasir Mas, 20 Sept - Polis berjaya menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam pertubuhan haram dalam Ops Cantas Khas yang diadakan di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Abdul Rahim berkata mereka yang berumur antara 20 dan 30-an itu ditahan dalam sebuah kereta kerana terdapat lambang pertubuhan yang diharamkan dalam kereta berkenaan.

Mereka kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Haliludin berkata seramai 148 anggota daripada 11 agensi kerajaan terlibat dalam Ops Cantas Khas tersebut bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai supaya bekerjasama dalam membendung jenayah dan penyeludupan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyeberangi sempadan secara haram dan bersama-sama (membantu) membendung aktiviti penyeludupan seperti dadah, senjata api dan juga pendatang asing tanpa izin," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM