Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Subahat Tipu Bank Tumpas

Diterbitkan: 12 May 2016 8.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.27 PM
Subang Jaya - Berbekalkan kertas dan mesin pencetak, sindiket pemalsuan dokumen boleh mengubah penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan peminjam dijamin lulus pinjaman peribadi yang dipohon daripada bank.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-subahat-tipu-bank-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:53 MYT


Subang Jaya - Berbekalkan kertas dan mesin pencetak, sindiket pemalsuan dokumen boleh mengubah penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan peminjam dijamin lulus pinjaman peribadi yang dipohon daripada bank.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas polis menahan empat lelaki berusia 21 hingga 45 tahun dalam dua siri serbuan di sekitar bandar ini Isnin lalu, hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari, berkata sindiket yang baru beroperasi di sebuah premis pusat beli-belah di USJ12 di sini, menyasarkan individu yang terdesak mendapatkan wang segera.

Beliau berkata, sebagai timbal balik, peminjam terbabit perlu menyerahkan sejumlah wang daripada jumlah yang dipinjam daripada bank sebagai bayaran perkhidmatan ditawarkan sindiket berkenaan.

"Susulan aduan yang diterima daripada pihak bank, polis menubuhkan satu pasukan khas daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial bagi menjalankan siasatan dan hasilnya berjaya menahan empat lelaki," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Subang Jaya di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian

Geng Subahat Tipu Bank Tumpas

ArtikelDiterbitkan 12 May 2016 8.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.27 PM