Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Samun Van Rokok Masuk Perangkap

Published: 13 Jun 2014 1.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Petaling Jaya - 6 Mac 2009. Kegembiraan kumpulan penjenayah menikmati hasil samun yang dilakukan oleh mereka tidak berpanjangan apabila mereka ditangkap oleh Cawangan Jenayah Berat D9 Selangor di PJU ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-samun-van-rokok-masuk-perangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:37 MYT
Petaling Jaya - 6 Mac 2009. Kegembiraan kumpulan penjenayah menikmati hasil samun yang dilakukan oleh mereka tidak berpanjangan apabila mereka ditangkap oleh Cawangan Jenayah Berat D9 Selangor di PJU 7/16B, Petaling Jaya semasa mereka menunggu pembeli untuk membeli pelbagai rokok hasil samun pada pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, 3 penjenayah terbabit baru saja selesai melakukan samun van muatan rokok di Kajang.

Menurutnya lagi, pihaknya berjaya merampas kembali pelbagai jenis rokok yang dianggarkan RM 80,000.00. Turut dirampas sebuah Van Toyota Estima yang digunakan semasa samun dipercayai dicuri di Nilai, Negeri Sembilan, pelbagai senjata berbahaya seperti parang dan pisau serta topi baseball berlambang Polis.

Dengan tumpasnya kumpulan penjenayah ini, Polis Selangor percaya dapat menyelesaikan 10 kes samun van bermuatan rokok di Selangor. Usaha untuk mengesan saki-baki kumpulan ini masih diteruskan.

Kejayaan ini hasil maklumat orang awam.
ArticlePublished 13 Jun 2014 1.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM