Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Pecah Rumah Dan Samun Kereta Mewah Tumpas

Published: 17 Jun 2014 2.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau berkata suspek yang berusia antara 23 dan 37 itu aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan samun kenderaan sejak awal tahun lepas. Pada serbuan pertama 17 Feb lepas, polis telah berjaya menangka..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-pecah-rumah-dan-samun-kereta-mewah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:39 MYT

Petaling Jaya, 6 Mac - Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah dan samun kereta mewah yang aktif di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya enam suspek di sekitar Lembah Klang dalam tiga serbuan berasingan sejak pertengahan bulan lepas dan Isnin lepas.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis turut menemui semula tiga kereta y
ang dilapor hilang sebelum ini dan barangan dipercayai hasil samun serta pelbagai peralatan untuk kegiatan pecah rumah.

Beliau berkata suspek yang berusia antara 23 dan 37 itu aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan samun kenderaan sejak awal tahun lepas.

Pada serbuan pertama 17 Feb lepas, polis telah berjaya menangkap dua lelaki di Manjalara, Kepong, dan merampas sebuah kereta jenis Honda Civic yang dilaporkan hilang awal bulan lepas di Sri Damansara.

"Hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek itu, polis kemudiannya menahan seorang lelaki dalam satu serbuan di Selayang pada 26 Feb lepas serta merampas sebuah kereta jenis Audi berwarna hitam yang telah disamun di Kelana Jaya 13 Feb
lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Pada serbuan terakhir Isnin lepas di sebuah rumah di Desa Jaya, dekat sini, Arjunaidi berkata polis menahan tiga lelaki dan menemui semula sebuah lagi kereta jenis Audi yang dilaporkan hilang pada 15 Feb lepas di Sri Damansara.

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM