Geng Pecah Kereta Tumpas
Shah
Alam - 5 Jun 2009. Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Selangor dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berjaya
menumpaskan geng pecah dan curi dalam kereta membabitkan warga asing di
sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya dua lelaki warga Indonesia
di Kampung Changkat, Batu 6, Gombak, Selasa lalu.
Dalam
Sidang Akhbar oleh Ketua Polis Selangor, YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar
berkata, bersama tangkapan itu, pihak polis turut merampas sejenis alat
elektronik khas yang digunakan oleh penjenayah sebagai alat utama untuk
mengesan barang berharga di dalam sesebuah kenderaan.
Dalam
serbuan ke atas rumah suspek tersebut pada jam 7.30 malam, pihak polis
menemui pelbagai barangan termasuk jam tangan, beg wanita dan mesin
pencetak. Hasil samun dalam kenderaan itu akan dijula kepada pembeli
yang juga warga Indonesia sebelum barang-barang itu dibawa keluar ke
negara itu untuk dijual.
Suspek-suspek
terbabit dipercayai terbabit dalam 20 kes di sekitar Lembah Klang
dengan menjadikan kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak
kereta di pejabat, lorong dan kawasan luar rumah sebagai sasaran.
Kedua-dua suspek direman bermula semalam daan kes ini disiasat mengikut
Seksyen 379 KK kerana mencuri.