Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Manik Tumpas 32 Kes Samun Berjaya Diselesaikan

Published: 17 Jun 2014 6.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Mohd Zakaria Bin Ahmad berkata, hasil daripada serbuan tersebut, polis berjaya menangkap 11 lelaki, 3 daripada mereka adalah rakyat tempatan dan selebihnya ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-manik-tumpas-32-kes-samun-berjaya-diselesaikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:27 MYT

Kuantan - Bertindak di atas kes samun yang dilaporkan di Taman Fairmont Jaya, Kuantan, satu serbuan telah dilakukan oleh pihak polis terhadap sebuah rumah di Jalan Bukit Setongkol, Jumaat lalu selepas polis berjaya mengesan dan mengekori sebuah kereta yang digunakan oleh suspek.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Mohd Zakaria Bin Ahmad berkata, hasil daripada serbuan tersebut, polis berjaya menangkap 11 lelaki, 3 daripada mereka adalah rakyat tempatan dan selebihnya adalah warga Indonesia.

Kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Geng Manik dipercayai aktif melakukan samun dan pecah rumah di sekitar daerah Kuantan, Pekan, Maran, Bera dan Bentong.

Kesemua suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut.

Dengan tertumpasnya geng ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan 32 kes samun dan pecah rumah di daerah Kuantan, Pekan, Maran, Bera dan Bentong.

Geng Manik Tumpas 32 Kes Samun Berjaya Diselesaikan

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM