Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Lan Ragut Guna Kereta Ditahan

Published: 13 Jun 2014 1.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kegiatan Geng Lan yang bergiat aktif dan meragut menggunakan kereta disekitar Lembah Klang, dianggotai oleh tiga penjenayah, berjaya ditumpaskan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bri..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-lan-ragut-guna-kereta-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:17 MYT

Kuala Lumpur - 6 Jun 2009. Selepas lebih enam bulan bermaharajalela, kegiatan Geng Lan yang bergiat aktif dan  meragut menggunakan kereta disekitar Lembah Klang, dianggotai oleh tiga penjenayah, berjaya ditumpaskan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Ketiga-tiga penjenayah itu telah ditangkap dalam tiga serbuan berasingan, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid berkata, tangkapan pertama, seorang lelaki berumur 21 tahun ditahan kira-kira jam 1.15 pagi di sebuah stesyen minyak di Sri Petaling. Sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam dirampas dipercayai digunakan untuk tujuan meragut mangsa.

Menurut beliau lagi, hasil siasatan terhadap suspek, polis kemuadian menyerbu sebuah hotel di Sri Petaling dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun. Turut ditemui sebuah beg hitam yang mengandungi 10 barang antaranya telefon bimbit dan pen drive serta sebilah pisau. Katanya, susulan itu, seorang lagi lelaki berumur 20 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang dan pihaknya turut merampas beberapa buah telefon bimbit.

Suspek yang meragut menggunakan kereta akan memandu kereta dengan perlahan dan menghampiri mangsa wanita yang berseorangan sebelum membuka tingkap kereta dan kemudiannya meragut beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan kereta.

"Dengan tertangkapnya kesemua suspek, sebanyak 19 kes yang dilaporkan berjaya diselesaikan termasuk 11 kes di daerah Brickfields" katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun tanpa senjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM