GENG
KARTIK TUMPAS! : 6 penyamun termasuk dua pelajar sekolah yang dikenali
sebagai Geng Kartik berjaya diberkas pihak polis selepas bergiat dalam
jenayah samun sekitar Kampar sejak beberapa bulan lalu. KPD Kampar, SUPT
Ng Kong Soon berkata, tangkapan bermula apabila polis memberkas dua
ahli Geng Kartik ketika mereka sedang melakukan samun di kawasan Gopeng
pada pukul 10 malam 8 September lalu. Beberapa hari kemudian, empat lagi
rakan suspek berjaya dikesan.
Turut
dirampas dua bilah parang. Siasatan mendapati, suspek akan bertindak
ganas apabila mangsa cuba melawan atau ingkar arahan dengan melibas
parang ke arah mereka.
Sumber : Kosmo Online
