Polis Kedah berjaya memberkas lima suspek kes penculikan anak seorang doktor pakar kulit dan menemui semula wang tebusan sebanyak RM349,700 yang disorok oleh kumpulan tersebut di sebuah kuil di Taman Sutera, Sungai Petani, Jumaat lalu.
Kelima-lima suspek tersebut melibatkan tiga warga tempatan dan dua warga asing masing-masing dari India dan Myanmar. Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan awal 20-an hingga awal 50-an ditahan reman sehingga Khamis depan dan siasatan dibuat mengikut Seksven 3 Akta Culik 1961.
Sumber : Akhbar Kosmo
