Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Curi Toyota Camry Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PETALING JAYA 15 Okt. - Polis menumpaskan satu sindiket curi kereta profesional yang dikenali sebagai geng 'Camry Moo' dengan tertangkapnya empat anggota sindiket itu di sekitar Lembah Klang, awal min..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-curi-toyota-camry-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:53 MYT

PETALING JAYA 15 Okt. - Polis menumpaskan satu sindiket curi kereta profesional yang dikenali sebagai geng 'Camry Moo' dengan tertangkapnya empat anggota sindiket itu di sekitar Lembah Klang, awal minggu ini.

Sindiket itu mahir dalam mencuri kereta jenis Toyota Camry. Mereka dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 30 kes kecurian kereta jenis itu yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Sasaran sindiket terbabit ialah kenderaan mewah tersebut yang diletakkan di tempat letak kereta tanpa mengira lokasi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas tiga suspek pada Isnin lalu di PJS 10, selepas berlaku insiden mencemaskan kira-kira pukul 11.20 malam.

Menurutnya, sebelum itu, polis menerima maklumat bahawa tiga suspek itu menaiki dua kereta Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

"Suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak nekad merempuh kereta peronda polis sebanyak dua kali.

"Ekoran itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran mengenai badan kereta sebelum berjaya memberkas mereka," katanya pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya di sini hari ini.

Arjunaidi memberitahu, susulan tangkapan itu, polis menahan seorang lagi rakan suspek di sebuah rumah di ibu negara pada keesokan harinya.

"Berikutan kejayaan ini, polis percaya telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 kes kecurian kereta yang dipercayai dilakukan sindiket terbabit.

"Polis masih berusaha menjejaki semula kereta-kereta curi itu selain menyiasat rangkaiannya," ujar beliau.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM