Geng Benjee Tumpas
KOTA KINABALU - 15 April 2010.
Pihak Polis Kontinjen Sabah berjaya menumpaskan sebuah kumpulan pecah
rumah yang dikenali sebagai ‘Geng Benjee’. Kumpulan ini dipercayai
terlibat dengan beberapa kes pecah rumah melibatkan kediaman mewah
sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan dalam tempoh dua bulan tahun ini.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Dato' Noor Rashid bin Ibrahim dalam kenyataannya
menyatakan bahawa penangkapan suspek seramai 7 lelaki tempatan yang
berusia antara 26 hingga 51 tahun berjaya menyelesaikan 12 kes rompakan
dan kes pecah rumah di kediaman mewah. Kerugian hasil daripada perlakuan
jenayah kumpulan ini dianggarkan sebayak RM 1.8 juta. Sebahagian
barang-barang yang dirompak telah berjaya ditemui semula.