Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Ahkong Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
LABUAN - 14 APRIL 2010. Pasukan Polis Daerah Labuan telah berjaya menumpaskan sekumpulan geng pecah rumah waktu malam yang dikenali sebagai 'Geng Ahkong' yang aktif sejak Januari lalu apabila tujuh..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-ahkong-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:06 MYT

Labuan - 14 April 2010. Pasukan Polis Daerah Labuan telah berjaya menumpaskan sekumpulan geng pecah rumah waktu malam yang dikenali sebagai 'Geng Ahkong' yang aktif sejak Januari lalu apabila tujuh suspek termasuk seorang pembeli barang curi telah berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Supritenden Saiman Kasran menyatakan bahawa kesemua suspek merupakan lelaki tempatan yang berumur antara 17 hingga 35 tahun telah ditahan secara berasingan dalam beberapa serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan. Salah seorang suspek yang ditangkap merupakan pekerja mengutip sampah yang dipercayai menjadi pengintip rumah yang kosong atau ditinggalkan bagi memudahkan kerja-kerja pecah rumah yang dilakukan oleh kumpulan ini.

Manakala pembelinya merupakan seorang lelaki Cina yang ditahan di kawasan kampung Saguking yang dipercayai menjadi tempat penjualan barang-barang curi berkenaan. Hasil daripada tangkapan tersebut pihak polis telah berjaya menyelesaikan 16 kes pecah rumah yang dilakukan oleh kumpulan ini membabitkan kawasan Perumahan Taman Mutiara Sungai Bedaun, Layang-layangan, Jalan Tenaga, dan Jalan Penghulu Tuah. Hasil daripada tangkapan tersebut juga, pihak polis berjaya menemui kira-kira 35 jenis barang curi yang dianggarkan bernilai RM20,000.00.

Antara barangan curi yang ditemui semasa tangkapan, adalah seperti televisyen, MP3, DVD, pembesar suara, kamera digital, peti penyejuk beku, komputer riba, komputer peribadi, serta telefon bimbit dan pelbagai barangan lain. Turut berjaya ditemui adalah empat bentuk cincin emas, seutas gelang dan seutas rantai yang dianggarkan bernilai RM 1,000 serta wang tunai bernilai RM2,000.00.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM