Geng Ah Kau Tumpas
IPOH,
22 Jun 2010. Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah dikenali "Geng
Ah Kau" yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan curi
kereta di bandar raya ini sejak enam bulan lepas.
Sembilan
orang termasuk ketua kempulan itu berumur 31 tahun serta seorang rakyat
China dan seorang rakyat Indonesia diberkas manakala lapan buah kereta
turut dirampas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias kepada
pemberita di sini Selasa.
Dua daripada mereka yang ditahan pada Ahad dan semalam di sebuah rumah di Taman Botani di sini adalah wanita, katanya.
Azisman berkata polis turut merampas pelbagai jenis peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer selain beberapa parang.
"Siasatan
mendapati mereka telah melakukan lebih 10 kes curi dan pecah rumah
sejak enam bulan lepas serta terlibat dalam kes dadah," katanya.
Polis
sedang mengesan dua lagi suspek yang hanya dikenali sebagai Ah Seng dan
Speky yang turut disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan itu.
Azisman berkata orang ramai yang kehilangan barangan tersebut boleh membuat tuntutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.