Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Geng Aboy Tumpas

Published: 13 Jun 2014 1.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepang - 07 Februari 2009. Polis Selangor berjaya menembak empat lelaki Geng Aboy di Pulau Meranti, Dengkil pada awal pagi ini. Kumpulan penjenayah terlibat melakukan samun di rumah seorang Penolong P..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-aboy-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:36 MYT

Sepang - 07 Februari 2009. Polis Selangor berjaya menembak empat lelaki Geng Aboy di Pulau Meranti, Dengkil pada awal pagi ini. Kumpulan penjenayah terlibat melakukan samun di rumah seorang Penolong Pengarah  Kesihatan Selangor di Batu 3 Shah Alam kira-kira 2 hari lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan penjenayah yang amat dikehendaki ini menggunakan sebuah kereta pelbagai guna MPV jenis Naza Ria warna hitam. Semasa anggotanya memintas kereta tersebut, kumpulan ini nekad merempuh kereta yang dinaiki polis dengan menggunakan parang menyebabkan salah seorang anggota polis cedera ditetak oleh penjenayah terbabit. Anggotanya melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri. Kesemua suspek mati ditempat kejadian. Anggotanya yang cedera dirawat di hospital dan kini dalam keadaan stabil.

Katanya lagi, turut dirampas 4 bilah parang, serangkai kunci yang digunakan suspek untuk membuka pintu rumah dan pelbagai barangan hasil samun milik Penolong Pengarah  Kesihatan Selangor.

Menurutnya, dengan tumpasnya kumpulan penjenayah ini, Polis Selangor percaya dapat menyelesaikan 10 kes samun dan pecah rumah di Selangor.

Kejayaan besar ini adalah hasil maklumat orang awam.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM