Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Gempa 17 Masih Hilang Di Gunung Kinabalu

Published: 06 Jun 2015 8.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ranau, 6 Jun- Empat belas pendaki Gunung Kinabalu dan tiga malim gunung dilaporkan hilang dan masih belum ditemui berikutan kejadian gempa bumi berkekuatan 5.9 pada skala Richter di sini pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gempa-17-masih-hilang-di-gunung-kinabalu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:34 MYT

Ranau, 6 Jun- Empat belas pendaki Gunung Kinabalu dan tiga malim gunung dilaporkan hilang dan masih belum ditemui berikutan kejadian gempa bumi berkekuatan 5.9 pada skala Richter di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau Supt Mohd Farhan Lee Abdullah, yang menyatakan perkara ini, turut mengesahkan bahawa seorang malim gunung dari Sabah dan seorang murid perempuan dari Singapura meninggal dunia di kawasan gunung itu dalam kejadian bencana semalam.

Malim gunung berkenaan dikenali sebagai Robbi Sapinggi, 30, dari Kampung Kiau, Kota Belud, manakala murid perempuan itu pula Wee Ying Ping Peony, katanya pada sidang akhbar di Pusat Gerakan Operasi Taman Kinabalu di sini, hari ini.

Satu sumber memberitahu bahawa 14 pendaki yang hilang itu merupakan pelancong iaitu lapan rakyat Singapura, tiga rakyat Malaysia dan masing-masing satu rakyat China, Filipina serta Jepun.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, yang merupakan kejadian gempa terkuat di Malaysia setakat ini, melanda kawasan Ranau pada pukul 7.15 pagi semalam.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran-gegaran kecil sehingga malam tadi dan ia turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.- Bernama

ArticlePublished 06 Jun 2015 8.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM