Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Go Green Pdrm Indahkan Bukit Broga

Diterbitkan: 06 Jun 2015 7.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semenyih, 6 Jun- Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT), Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah mengadakan program Go Green di Bukit Broga, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/go-green-pdrm-indahkan-bukit-broga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:00 MYT
Semenyih, 6 Jun- Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT), Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah mengadakan program Go Green di Bukit Broga, di sini, pagi tadi.

Program yang dihadiri lebih kurang 400 peserta itu bertujuan untuk mengindahkan dan membantu membersihkan kawasan persekitaran bukit yang sering tercemar dengan botol plastik, tin minuman serta bekas makanan yang sering ditinggalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ketika membuat pendakian di bukit berkenaan.

Dalam ucapan perasmian program, Pengarah Jabatan STaRT, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah menegaskan bahawa ianya adalah salah satu usaha PDRM dalam mengamalkan budaya kerja dan hidup yang sihat selari dengan seruan kerajaan menggalakkan warganya sentiasa sihat dan kuat menjalankan kerja seharian.

"Semua orang mengetahui bahawa setiap perbuatan yang besar dan susah itu akan dapat diatasi jika kita sama-sama berpadu tenaga mengatasinya dan menjadikannya mudah," ujar beliau.

Terdahulu, beliau turut melahirkan ucapan penghargaan kepada beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan orang perseorangan yang turut sama melestarikan dan memeriahkan program pada pagi tadi.

Hadir sama pada program tersebut adalah Timbalan Pengarah 2 STaRT PDRM, Dato' Zulkapli Ahmad, Timbalan Pengarah 3 STaRT PDRM, Dato’ Hj. Azri bin Hj. Ahmad, Ketua Polis Daerah Kajang, SAC Ab. Rashid Bin Hj. Ab. Wahab dan Ketua Jabatan STaRT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, ACP Abd Razak bin Elias.

_MG_4936
Sekitar program.

_MG_4959
Sekitar program.

_MG_5016
Sekitar program.

_MG_4953
Sekitar program.

_MG_5091
Sekitar program.


ArtikelDiterbitkan 06 Jun 2015 7.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM