Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Forum Perdana Sempena Hari Polis Ke 204

Published: 11 Jun 2014 5.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertemakan 'Polis Dan Masyarakat Bagaikan Dua Umar', forum ini dikendalikan Y.Bhg Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah sebagai moderator dan ahli panel forum iaitu Y.Bhg Ustaz Haji Mohd Farid Ravi Abdullah ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/forum-perdana-sempena-hari-polis-ke-204
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:42 MYT
Kuala Lumpur, 27 Jun 2011 - Bersempena Sambutan Hari Polis Ke 204 Tahun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan satu Forum Perdana bertempat di Pulapol Kuala Lumpur.

Bertemakan 'Polis Dan Masyarakat Bagaikan Dua Umar', forum ini dikendalikan moderator dan ahli panel forum iaitu Y.Bhg Ustaz Haji Mohd Farid Ravi Abdullah Al Hafiz, Pensyarah Jabatan Al-Quran & Sunnah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Y.Bhg Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM).

Sepanjang 1 jam program berlangsung, isi perbincangan banyak tertumpu kepada prospek dan tanggungjawab kerjaya polis kepada masyarakat dari sudut pandangan Islam dan penyesuaiannya dalam kehidupan masa kini dengan mengambil contoh teladan tokoh Islam tersohor iaitu Saidina Umar bin Khattab dan Saidina Umar bin Abdul Aziz.

Forum Perdana pada hari ini turut dihadiri YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

Forum Perdana Sempena Hari Polis Ke 204
penceramah... Y.Bhg Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy.

Forum Perdana Sempena Hari Polis Ke 204
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
 
Forum Perdana Sempena Hari Polis Ke 204
Turut hadir..YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan (kanan) bersama YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik (tengah)

Forum Perdana Sempena Hari Polis Ke 204
Hadirin-hadiran yang menyaksikan Forum Perdana pada hari ini.
ArticlePublished 11 Jun 2014 5.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM