Kuala Lumpur - 20 Ogos 2009 . Forum Khas Kemerdekaan Sempena Perhimpunan Khas Kemerdekaan, , telah diadakan di Dewan Besar, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG-KBA), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Bertemakan '1 Malaysia, Pembina Negara Bangsa yang Merdeka', forum ini adalah anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG-KBA) Universiti Malaya sempena Perhimpunan Khas Kemerdekaan dan juga Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Tahun.
Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Y.Berusaha Dr. Mohd Sofi bin Ali, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG-KBA), Universiti Malaya.
Ahli panel Forum Khas Kemerdekaan ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg.Dato' Haji Jumaat bin Md Noor, Bendahari Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia dan Y.Bhg. Dr. Marzuki bin Ali, Pegawai Khas YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia sementara moderator forum ialah Tuan Haji Ismail bin Zaini, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.
Perkara-perkara yang dibincangkan ialah Keselamatan dan Kedaulatan Negara oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Sejarah dan Pendidikan Bangsa oleh Dato' Haji Jumaat Md Noor dan Kepimpinan & Masa Depan Negara oleh Dr. Marzuki Ali.
Antara perkara-perkara yang diutarakan oleh YDH Tan Sri Ismail ialah ancaman utama bagi keselamatan negara ialah ancaman dalaman dan juga luaran. Beliau juga menegaskan, kedaulatan dan keselamatan negara tidak dapat dipisahkan. Kekuatan sesebuah negara itu terletak pada perpaduan rakyat di mana teras pada perpaduan tersebut ialah dengan menghayati dan berpegang kepada 5 Prinsip Rukun Negara.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Y.Berusaha Dr. Mohd Sofi bin Ali, Pengarah IPG-KBA

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara sedang membentangkan isu-isu berkaitan Keselamatan dan Kedaulatan Negara

Persoalan yang diajukan oleh wakil pelajar kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

dari kiri...Moderator Tuan Haji Ismail bin Zaini, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg.Dato' Haji Jumaat bin Md Noor, Bendehari Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia dan Y.Bhg. Dr. Marzuki bin Ali, Pegawai Khas YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Y.Berusaha Dr. Mohd Sofi bin Ali menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Forum Khas Kemerdekaan
Ahli panel Forum Khas Kemerdekaan ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg.Dato' Haji Jumaat bin Md Noor, Bendahari Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia dan Y.Bhg. Dr...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/forum-khas-kemerdekaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.