Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Pdrm 2009
Cheras - 19 Ogos 2009. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia2009 telah berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM 2009telah disempurnakanoleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH SAC II Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama & Kaunseling) BAKA, YDH SAC I Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM,Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM 2009 telah berlangsung selama tiga hari, bermula 17 Ogos 2009 hingga 19 Ogos 2009. Tilawah yang bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' amat bersesuaian dengan situasi ummah sekarang yang sentiasa menuntut umat Islam mempamerkan suatu kehidupan yang baik dan sejahtera, selamat, makmur dan berkualiti. Umat Islam tidak boleh leka kerana arus perdana kemajuan dan pembangunan yang sentiasa bergerak pantas. Ia menuntut komitmen yang jitu daripada semua pihak untuk mengatur pelan perancangan stategik bagi membangunkan khaira ummah. Justeru itu, umat Islam perlulah meletakkan mercu kegemilangan itu sebagai satu matlamat yang mesti dicapai.
Majlis Tilawah Al-Quran ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu pembacaan Al-Quran di kalangan qari dan qariah PDRM, malahan memberi manfaat kepada kita dalam menghayati isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quran, yang merupakan asas atau 'fundamental' yang menjadi rujukan dan panduan penting umat Islam dalam usaha menuju kejayaan dan kecemerlangan kehidupan.
Seramai 16 qari dan 11 qariah telah memperdengarkan bacaan yang diadili oleh seramai 8 orang jemaah hakim yang dipengerusikan oleh YBhg. S.F. Ustaz Azizan bin Shaari, Ketua Penolong Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM. Penilaian markah-markah telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Tajwid, Fasohah, Tarannum dan Suara.
Johan Qari telah disandang oleh Encik Nordin bin Putit dari Kontinjen Sarawak dengan 89 markah, membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000, pakej mengerjakan Umrah Delima tajaan TH Travel and Services Sdn. Bhd, senaskah Al-Quran pimpinan Ar-Rahman, Sijil Penyertaan dan Piala pusingan Ketua Polis Negara. Naib Johan ialah Sjn Hj. Mohamad Rozi bin Hj. Tarmizi dari Kontinjen Kelantan dan Ketiga, Sjn Ishak bin Abd. Samad dari Kontinjen Perak.
Johan Qariah pulatelah disandang olehSjn Maimun bt. Selamatdari KontinjenPahang dengan79.5 markah, yang juga Johan Menunggu,membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000, pakej mengerjakan Umrah Delima tajaan TH Travel and Services Sdn. Bhd, senaskah Al-Quran pimpinan Ar-Rahman, Sijil Penyertaan dan Piala Pusingan Ketua Polis Negara. Naib Johan ialahPuan Roosni bt. Harundindari Kontinjen Bukit Aman dan Ketiga,Puan Asiah bt. Ayobdari Kontinjen Perak.
"Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barang siapa meletakkan Al-Quran di hadapannya, maka Al-Quran akan memandukannya ke syurga dan barang siapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya, maka Al-Quran akan mencampakkannya ke neraka" sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban.
"Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah. Allah akan menulis baginya satu Hasanah (kebaikan). Satu hasanah itu pula akan digandakan sepuluh kali ganda sepertinya" (riwayat Al-Bukhari dari Ibnu Mas'ud).
"Barang siapa mendengar satu ayat dari Kitab Allah (Al-Quran), maka ia akan menjadi cahaya pada hari kiamat" (riwayat oleh Iman Ahmad).

YDH Ketua Polis Negara diperkenalkan kepada peserta dan Pengurus Pasukan

Barisan jemaah hakim...

Persembahan Nasyid, Gurindam dan Puisi oleh Kumpulan Al-Hikmah PERKEP Jabatan Logistik dan Kumpulan Al-Najwa Desa Baiduri

Ucapan Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM 1430H/2009M

Barisan Qari..

Barisan Qariah...

Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM 1430H/2009M