Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Forum Khas Kemerdekaan

Published: 10 Jun 2014 12.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ahli panel Forum Khas Kemerdekaan ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg.Dato' Haji Jumaat bin Md Noor, Bendahari Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia dan Y.Bhg. Dr...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/forum-khas-kemerdekaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:30 MYT

Kuala Lumpur - 20 Ogos 2009 . Forum Khas Kemerdekaan Sempena Perhimpunan Khas Kemerdekaan, , telah diadakan di Dewan Besar, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG-KBA), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Bertemakan '1 Malaysia, Pembina Negara Bangsa yang Merdeka', forum ini adalah anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG-KBA) Universiti Malaya sempena Perhimpunan Khas Kemerdekaan dan juga Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Tahun.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Y.Berusaha Dr. Mohd Sofi bin Ali, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG-KBA), Universiti Malaya.

Ahli panel Forum Khas Kemerdekaan ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg.Dato' Haji Jumaat bin Md Noor, Bendahari Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia dan Y.Bhg. Dr. Marzuki bin Ali, Pegawai Khas YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia sementara moderator forum ialah Tuan Haji Ismail bin Zaini, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

Perkara-perkara yang dibincangkan ialah Keselamatan dan Kedaulatan Negara oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Sejarah dan Pendidikan Bangsa oleh Dato' Haji Jumaat Md Noor dan Kepimpinan & Masa Depan Negara oleh Dr. Marzuki Ali.

Antara perkara-perkara yang diutarakan oleh YDH Tan Sri Ismail ialah ancaman utama bagi keselamatan negara ialah ancaman dalaman dan juga luaran. Beliau juga menegaskan, kedaulatan dan keselamatan negara tidak dapat dipisahkan. Kekuatan sesebuah negara itu terletak pada perpaduan rakyat di mana teras pada perpaduan tersebut ialah dengan menghayati dan berpegang kepada 5 Prinsip Rukun Negara.

Forum Khas Kemerdekaan
Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Y.Berusaha Dr. Mohd Sofi bin Ali, Pengarah IPG-KBA

Forum Khas Kemerdekaan
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara sedang membentangkan isu-isu berkaitan Keselamatan dan Kedaulatan Negara

Forum Khas Kemerdekaan
Persoalan yang diajukan oleh wakil pelajar kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Forum Khas Kemerdekaan
dari kiri...Moderator Tuan Haji Ismail bin Zaini, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg.Dato' Haji Jumaat bin Md Noor, Bendehari Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia dan Y.Bhg. Dr. Marzuki bin Ali, Pegawai Khas YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Forum Khas Kemerdekaan
Y.Berusaha Dr. Mohd Sofi bin Ali menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

ArticlePublished 10 Jun 2014 12.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM