Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Fasa Kedua Basmi Judi Bermula

Published: 04 Nov 2014 12.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 3 Nov - Premis judi haram yang degil akan dipecah masuk dalam fasa kedua operasi membanteras habis-habisan judi haram, selepas tamatnya tempoh seminggu yang diberikan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar pada tengah malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fasa-kedua-basmi-judi-bermula
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:53 MYT
 
Fasa Kedua Basmi Judi Bermula

Kuala Lumpur, 3 Nov - Premis judi haram yang degil akan dipecah masuk dalam fasa kedua operasi membanteras habis-habisan judi haram, selepas tamatnya tempoh seminggu yang diberikan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar pada tengah malam tadi. 

Dalam fasa kedua yang bermula hari ini, polis akan mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk mengeluarkan waran bagi memecah masuk lebih 9,000 premis yang sengaja ditutup dalam tempoh seminggu lalu. 

Menerusi fasa tersebut, kesemua mesin judi yang terdapat di dalam premis-premis terbabit akan dirampas oleh pihak polis.

Selepas selesai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan fasa ketiga iaitu membasmi secara keseluruhan kegiatan perjudian di seluruh negara termasuk memastikan tiada premis terbabit dibuka semula.

Sumber: Utusan Malaysia
ArticlePublished 04 Nov 2014 12.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM