Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Esscom Nafi 36 Pengganas Mnlf Lengkap Bersenjata Masuk Sabah

Published: 30 Dec 2014 12.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menafikan penyebaran khabar angin bahawa terdapat 36 pengganas lengkap bersenjata dipimpin oleh anak pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari akan memasuki negeri ini dari Sandakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/esscom-nafi-36-pengganas-mnlf-lengkap-bersenjata-masuk-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:30 MYT

Kota Kinabalu - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menafikan penyebaran khabar angin bahawa terdapat 36 pengganas lengkap bersenjata dipimpin oleh anak pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari akan memasuki negeri ini dari Sandakan. 

Komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, khabar angin tersebut berkemungkinan hanya ditimbulkan berikutan Latihan Pasak yang dilakukan pihaknya di Sandakan selama dua hari pada 25 dan 26 Disember lalu. 

"Ini tidak betul. Saya menafikan khabar angin tersebut yang lebih bertujuan mencetuskan kebimbangan masyarakat di Pantai Timur Sabah khususnya Sandakan. 

"Kita sentiasa memperketat dan memperkukuhkan kawalan keselamatan termasuk melalui perintah berkurung yang masih berjalan sehingga kini katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Abdul Rashid meminta orang ramai supaya segera melapor atau menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan Esscom di talian 089-863181 sekiranya terdapat kehadiran pendatang asing atau individu yang meragukan di kawasan kampung masing-masing. 

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Malek Harun berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pegawai atau anggota polis yang membocorkan maklumat keselamatan tanpa sebarang pengesahan yang sahih termasuk penyebaran dakwaan 36 pengganas lengkap bersenjata cuba memasuki Sandakan.

Sumber: Kosmo

Esscom Nafi 36 Pengganas Mnlf Lengkap Bersenjata Masuk Sabah
ArticlePublished 30 Dec 2014 12.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM