Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tukang Rumah Ragut Wanita Iran Dipenjara 4 Tahun

Diterbitkan: 30 Dec 2014 12.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ampang: Padah meragut dan rnencederakan seorang wanita warga Iran, minggu lalu, seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara empat tahun dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tukang-rumah-ragut-wanita-iran-dipenjara-4-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:13 MYT

Ampang: Padah meragut dan rnencederakan seorang wanita warga Iran, minggu lalu, seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara empat tahun dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. 

Hakim Unaizah Mohd, menjatuhkan hukuman itu terhadap Saifuddin Sagiman, 26, selepas dia mengaku bersalah dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkapan pada Rabu lalu. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak harta milik Farouzan Salami, 47, iaitu sebuah beg tangan yang mengandungi telefon bimbit, cermin mata, serangkai kunci dan alat solek sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa di Jalan Memanda 1, di sini, pada jam 8.30 malam, 24 Disember lalu. 

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, selain denda atau sebat. 

Sumber: Berita Harian

Tukang Rumah Ragut Wanita Iran Dipenjara 4 Tahun
ArtikelDiterbitkan 30 Dec 2014 12.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM