Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Esscom Dan Penduduk Kota Marudu Sebulat Suara Isu Keselamatan Pantai Timur Sabah

Diterbitkan: 12 Dec 2017 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Marudu, 12 Disember 2017- Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mendekati masyarakat melalui Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Padang Bandaran Kota Marudu, Sabah, dekat sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/esscom-dan-penduduk-kota-marudu-sebulat-suara-isu-keselamatan-pantai-timur-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:35 MYT
ESSCOM DAN PENDUDUK KOTA MARUDU SEBULAT SUARA ISU KESELAMATAN PANTAI TIMUR SABAH

Kota Marudu, 12 Disember 2017- Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mendekati masyarakat melalui Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Padang Bandaran Kota Marudu, Sabah, dekat sini, semalam.

Siri jelajah ESSCOM ke kawasan Pantai Timur Sabah ini bertujuan mewujudkan hubungan secara langsung dengan masyarakat selain memberikan peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan banyak lagi.

Komander ESSCOM, DCP Dato’ Hazani Ghazali dalam ucapannya menyeru penduduk Kota Marudu supaya bersama-sama ESSCOM memelihara keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah yang telah dikecapi sekian lama.

Dalam pada itu, para pengunjung turut didedahkan mengenai Portal Sebenarnya.My yang berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti bagi masyarakat mendapatkan pengesahan maklumat dan fakta berkaitan dengan berita yang tidak ditentusahkan atau palsu yang sering menular dalam talian atau media sosial.

Turut hadir pada program tersebut adalah Pembantu Menteri Pembagunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Adun Tandek, Datuk Anita Baranting, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Tuan Noor Alam Khan A. Wahid Khan, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, Pegawai Daerah Kota Marudu, Encik Arnold Jaibi, warga PDRM, ATM, APMM, rakan-rakan agensi lain serta pengamal media.

Gambar sekitar Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Padang Bandaran Kota Marudu, Sabah
0000000000000000451625525354b57
ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2017 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM