Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Erat Hubungan Dua Hala Pdrm Dan Delegasi Polis Hong Kong

Published: 07 Jun 2016 12.30 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Kuala Lumpur, 6 Jun – Hubungan kepolisan antara Polis Hong Kong dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijalin erat menerusi sesi lawatan yang dilakukan oleh delegasi itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, bermula hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/erat-hubungan-dua-hala-pdrm-dan-delegasi-polis-hong-kong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:23 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Siti Fatimah Abd Manan

Kuala Lumpur, 6 Jun – Hubungan kepolisan antara Polis Hong Kong dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijalin erat menerusi sesi lawatan yang dilakukan oleh delegasi itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, bermula hari ini.

Delegasi seramai 12 orang diketuai oleh Cip Cheung Chi-Wai telah memulakan lawatan di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK). Taklimat telah dikendalikan oleh Pegawai Perhubungan JPJKK, DSP Kavita Nadarajah diikuti dengan sesi pertukaran pendapat mengenai fungsi utama jabatan itu untuk melaksanakan agen pencegahan jenayah serta meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap keselamatan diri.

Sejurus selesai, delegasi meneruskan lawatan ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN). Penolong Pengarah Zon I JSJN, ACP S. Batumalai R. Suppiah memberi penerangan mengenai taktik-taktik atau modus operandi yang sering digunakan oleh penjenayah dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa serta langkah-langkah menangani jenayah itu daripada terus berleluasa.

Antara lokasi bagi sesi lawatan selama 6 hari tersebut adalah Muzium PDRM, Cawangan Khas Bukit Aman, Maktab PDRM dan beberapa balai polis negeri bagi melihat prosedur penugasan anggota di lapangan. 

_MG_0276
Delegasi bergambar kenangan bersama Penolong Pengarah Zon I JSJN, ACP S. Batumalai R. Suppiah

ArticlePublished 07 Jun 2016 12.30 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM