Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kerani Ditemui Lemas Di Dalam Tasik Kelab Golf

Diterbitkan: 07 Jun 2016 4.19 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
Seremban, 7 Jun- Seorang kerani di sebuah kelab golf di Bahau ditemui lemas di dalam tasik kelab golf berkenaan pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerani-ditemui-lemas-di-dalam-tasik-kelab-golf
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:30 MYT

Seremban, 7 Jun- Seorang kerani di sebuah kelab golf di Bahau ditemui lemas di dalam tasik kelab golf berkenaan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 6.30 pagi.

Beliau berkata pada mulanya ibu saudara mangsa dimaklumkan bahawa anak saudaranya itu S. Sumathi, 23, telah terjatuh ke dalam tasik berkenaan kira-kira pukul 8 malam tadi, lalu beliau membuat laporan polis.

"Pihak polis kemudiannya menemui motosikal yang dipercayai milik mangsa berhampiran tasik berkenaan beserta sepasang selipar dan sebilah pisau," katanya.

Noorzainy berkata pihak bomba dan penyelamat yang melakukan kerja-kerja mencari malam tadi gagal menemui mangsa sehingga disambung pagi ini.

Beliau berkata kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 07 Jun 2016 4.19 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM