Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Enam Termasuk Wanita Warga Asing Ditahan Disyaki Terbabit Ke

Published: 17 Jun 2014 2.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hasil serbuan itu, polis merampas 106 gram serbuk dipercayai syabu, yang dianggar bernilai RM1,300 dan 76 pil Erimin 5 bernilai RM760 selain satu alat penimbang...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-termasuk-wanita-warga-asing-ditahan-disyaki-terbabit-ke
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:06 MYT

PADANG BESAR, 15 Feb - Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita warga asing, di sebuah taman perumahan dekat sini kerana disyaki terbabit dalam kes dadah awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintenden Che Man Md Dros berkata suspek yang berumur antara 19 dan 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahag
ian Siasatan Jenayah Narkotik Padang Besar di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Batu 16 pada kira-kira 5.10 pagi.

Berdasarkan maklumat orang ramai, polis mengadakan intipan di kawasan itu dan membuat serbuan ke dalam rumah serta menahan tiga lelaki dan tiga wanita termasuk seorang warga asing.


Bagaimanapun, Che Man enggan mendedahkan kewarganegaraan wanita berusia 22 tahun itu, yang dipercayai memasuki negara ini pada 13 Feb lepas melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Hasil serbuan itu, polis merampas 106 gram serbuk dipercayai syabu, yang dianggar bernilai RM1,300 dan 76 pil Erimin 5 bernilai RM760 selain satu alat penimbang.

"Kami sedang menyiasat sama ada mereka adalah pengedar atau penagih di samping kaitan wanita warga asing itu dengan mereka," kata Che Man pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata suspek dipercayai melakukan kegiatan berkaitan dadah sejak Disember tahun lepas dan jika berlaku pengedaran, ia mungkin hanya untuk kawasan berdekatan.

Katanya, suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu bagi siasatan lanjut.- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM