Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Enam Lelaki Digelar Penyamun Sengkek Ditahan

Published: 18 Jun 2014 3.29 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Sekumpulan enam lelaki digelar penyamun 'sengkek' apabila sanggup menyamun periuk nasi sebelum menyewakannya kepada orang ramai yang mahu mengadakan majlis kenduri...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-lelaki-digelar-penyamun-sengkek-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:02 MYT

Sekumpulan enam lelaki digelar penyamun 'sengkek' apabila sanggup menyamun periuk nasi sebelum menyewakannya kepada orang ramai yang mahu mengadakan majlis kenduri.

Kumpulan ahli berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan sejak 20 Oktober sehingga jumaat lalu selepas dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian pecah rumah.

Polis masih memburu seorang lagi suspek dikenali dengan panggilan 'Angah' selepas dipercayai turut terbabit dalam kegiatan sama. Kumpulan ini dipercayai bergerak berpasangan dan tertumpu kepada rumah tidak berpenghuni di siang hari sebelum memecah masuk ke kediaman atau stor barangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 380 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana memecah rumah atau bangunan serta mencuri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau Asisten Superintendan Sarih Salleh di talian 04 986 2222 bagi menyalurkan maklumat.

Enam Lelaki Digelar Penyamun Sengkek Ditahan
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.29 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM