
Cubaan Menyeludup Masuk Barangan Komestik Dipatahkan Q
Polis
Marin berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk barangan komestik dan
penjagaan diri yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan
bernilai RM51,360 di perairan Bagan Hailam baru-baru ini.
Kegiatan
itu terbongkar selepas anggota pasukan tersebut menahan sebuah bot dari
Indonesia yang dalam perjalanan ke sebuah jeti di sini pada pukul 7
malam.
Antara
barang yang dirampas ialah 840 tiub ubat gigi jenama Pepsodent, 2,304
botol syampu Sunsilk, 1,200 botol syampu Pantene dan 2,400 botol
barangan Rexona. Barang-barahg yang dirampas itu diserahkan kepada
Jabatan Kesihatan Selangor untuk tindakan lanjut manakala seorang tekong
bot warga Indonesia berusia 49 tahun ditahan mengikut
Peraturan-Peraturan Dadah dan Komestik 1984.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo