Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Enam Ditahan Guna Pukat Tunda Di Perairan Cetek

Published: 19 Jun 2014 2.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pelabuhan Klang, 8 Mac - Menangkap ikan di kawasan kurang dari 5 nautika menggunakan bot tunda kelas B adalah menjadi kesalahan di mana telah melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 sepert..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/enam-ditahan-guna-pukat-tunda-di-perairan-cetek
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:27 MYT

Pelabuhan Klang, 8 Mac - Menangkap ikan di kawasan kurang dari 5 nautika menggunakan bot tunda kelas B adalah menjadi kesalahan di mana telah melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 sepertimana diperuntukkan.

Ia ekoran daripada tertangkapnya enam orang nelayan yang menangkap ikan di perairan laut Tanjung Karang kurang dari 5 batu nautika menggunakan tiga bot petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad berkata pihaknya turut merampas pelbagai jenis ikan yang dianggarkan bernilai RM500.

"Kawasan tersebut merupakan tempat penangkapan ikan oleh bot-bot nelayan tradisional menggunakan jaring yang terdiri daripada sampan-sampan kecil dan kami memandang serius kes pencerobohan kawasan seperti ini kerana boleh menimbulkan pergaduhan di antara nelayan pukat tunda dengan nelayan pantai," katanya lagi.

Kesemua suspek dan bot diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.

Sumber : Pasukan Polis Marin Klang

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM